Monday, November 26, 2012

PEDOMAN DI SAAT-SAAT DERITA

Buat tatapan warga Blogger sume, sama2 hayati secebis artikel ini…semoga menjadi panduan, piawai dan berita gembire pada kita semua…khususnya buat diri saya sendiri…terasa ni’matnya ujian yg diberi oleh-Nya…sama2 kite menilai kembali diri kita…

Insan yang beriman harus mempunyai pedoman dalam hidupnya terutama ketika ia sedang menderita sakit, supaya hidup tidak terus hanyut dibawa arus dan tidak kehilangan arah tuju ketika dilitupi mendung yang gelap-gelita. Pesakit yang diuji dengan penderitaan, kadang-kadang hilang sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan kerana pada ketika ini mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan lagi.

Mari kita hayati kata-kata hikmat yang dimadahkan oleh Ibn Ata’ Allah al-Sakandari dalam kitabnya al-Hikam, katanya:

::APABILA ORANG TIDAK MENGENDAHKAN ANDA, ATAU MEREKA MENCELA ANDA, SEHINGGA MENIMBULKAN KESUSAHAN TERHADAP ANDA, MAKA SERAHKANLAH URUSAN ANDA KEPADA ILMU ALLAH, JIKA ILMU TUHAN BELUM CUKUP KEPADA ANDA, BERERTI MUSIBAH ATAU MALA PETAKA ANDA DISEBABKAN ANDA TIDAK MERASA CUKUP DENGAN ILMU ALLAH ITU LEBIH BERAT DARI MUSIBAH ANDA DISEBABKAN MENDAPAT GANGGUAN DARI MEREKA::

Kata-kata hikmat ini memberi beberapa pengertian, untuk dihayati insan yang sering ditimpa bala dan kesusahan dalam hidup ini.

Pengertian pertama:

Insan hendaklah memahami sunnatullah pada makhluk, iaitu kadang-kadang Allah SWT mencuba anda melalui makhluk-Nya, mengenakan sesuatu kepada anda, menyakitkan hati anda, tujuannya ialah untuk melihat, apakah anda akan merasa cukup dengan Allah atau masih bergantung kepada makhluk-Nya yang lain, dengan itu Allah memerintahkan manusia mengganggu anda, menyusahkan hidup anda, maka susahlah hidup anda, sakit dan dukacitalah anda kerananya.

Apabila terjadi demikian, cepat-cepatlah anda kembali kepada-Nya, ertinya anda harus tahu bahawa apa yang berlaku tidak tersembunyi daripada pengetahuan Allah, Dia sedang melihat anda dalam kesakitan, Dia menyaksikan gerak-geri anda dalam kesakitan, Dia menyaksikan gerak-geri anda ketika anda diuji. Tiada apa pun sebab sebab yang terjadi, tidak diketahui atau tersembunyi dari ilmu-Nya. Jadi apabila anda merasa dan menyedari hakikat itu, hati anda merasa tenang dan tenteram, maka tidak menjadi salah bagi anda, sama ada manusia mencela anda, mengenakan berbagai-bagai tindakan terhadap anda, tidak memperhatikan kedudukan anda dan sebagainya, atau manusia memuji-muji anda, mengangkatkan anda, menghormati anda dan sebagainya, anda tetap merasai bahagia berada dalam pengetahuan Allah yang TIDAK PERNAH hilang darpada perhatian-Nya.

Bahkan kadang-kadang anda lebih suka apabila manusia membelakangi anda dan tidak memperhatikan anda kerana dengan demikian itu hati dan batin anda merasa lega, sebab anda sudah terarah semata-mata kepada Allah tanpa ada sebarang gangguan lagi.

Pengertian Kedua:

Jika anda tidak merasa lega dengan keadaan anda ditinggal orang, masih memperhatikan sikap orang terhadap anda atau dengan kata lain anda akan senang bila mendapatkan pujian dan sanjungan, merasa susah dan duka bila tidak dipuji, bahkan menimbulkan berbagai-bagai keluh kesah dan merana, ini bererti anda mendapat musibah atau ditimpa bahaya.

Oleh kerana iman anda pada hakikatnya lemah dan keyakinan anda kepada Allah telah mulai luntur atau hilang sama sekali, inilah bahaya atau mala petaka yang menimpa anda yang mana ia lebih kuat dan lebih dahsyat daripada bahaya atau mala petaka yang disebabkan manusia merendahkan anda, atau tidak memperhatikan kedudukan anda dan sebagainya.

Pengertian Ketiga:

Adapun hamba-hamba Allah yang soleh, ujian-ujian seperti sakit dan hidup susah adalah RAHMAT bagi mereka. Anda juga harus menganggap rahmat jika tergolong dalam kelompok mereka, apabila anda mendapat ujian dan cubaan itu hendaklah lihat hubungan anda dengan Allah, apakah hubungan anda masih intim atau longgar. Apabila hubungan anda dengan Allah tetap baik dan erat, bahkan murni dan intim, tidaklah menjadi persoalan buat anda semuanya, meskipun bumi ini hancur berkecai atau langit ini runtuh, anda tetap dalam perhatian Allah, diselamat dan dipelihara oleh-Nya. [K.H. Muhibbiddin Waly, Hakikat Hikmat Tauhid dan Tasauf, muka surat 516]. 


Saya share~kan 1 video nie ntok tatapan kalian semua...Semoga Kalian mendapat iktibar dan dapat kita jadikan renungan bersama......

No comments:

Post a Comment