Tuesday, December 10, 2013

ISTILAH PERASAAN


SUKA - Perasaan yang wujud dalam diri semua orang. Kita akan suka pada seseorang itu jika dia telah membuatkan kita gembira atau menyenangkan hati kita walaupun orang itu belum kita kenali sepenuhnya.

MINAT - Perasaan suka yang mendalam hingga timbulnya rasa minat pada seseorang dan sebolehnya cuba mengikuti setiap perkembangan dirinya dan ingin mendekatinya.

SAYANG - Perasaan minat pada tahap luarbiasa hingga wujudnya rasa sayang dan merasa terlalu kasih pada seseorang itu hingga sanggup melakukan apa saja untuknya dan sentiasa memberi perhatian yang lebih padanya.




CINTA - Perasaan sayang yang keterlaluan hingga lahirnya rasa cinta lalu meletakkan seseorang itu di tempat yang paling istimewa dalam hatinya dan sentiasa menganggap orang itu adalah yang pertama dan terakhir dalam hidupnya. Pengertiannya terlalu suci dan luhur.

CINTA bukanlah paksaan kerana ia adalah kombinasi rasa SUKA, MINAT dan SAYANG.

Matlamatnya cuma satu....kaulah segalanya........

Monday, December 3, 2012

Si Kunang Timur......


Si Kunang Timur......
Salam Untuk kalian...kali ini bersua lagi didalam blog ku ini..
Agaknnya Sudah lama aku menyepi & menghilangkan diri..
Munkin ini desebabkan terkejar dengan kesibukan dunia yang nyata adalah kehidupan yang sementara...kali ini aku ingin mencoretkan sedikit pasal perihal ku dialam 20an..
Setelah menghabeskan Pelajaran SPM Pada tahun 2006 dengan result enough2 eat..Sambil2 menungu panggilan Dari U,aku mendaftarkan diri as Form 6 student at Sekolah Menengah Tengku Mahmud I..Jodoh xlama dgn geng2 form 6, aku terima offer ntok aku continue belajar at Universiti Kuala Lumpur ( UNIKL MIAT ) dalam jurusan Diploma Engineering Technology In Helicopter Maintenance..Ape lagi beb!,..terus ON jek...Hati gembira bagai n Rasa Sonok sakan xsbar2 nk pi blajar at  kl der...!Lebey2 agi dalam bidang Aviation nie..Dah berangan jadi pilot n engineer dah aku rase,... tInggal Pamily N Kekawan at kg dengan tujuan menuntut ILmu.. Jauh disudut hati xsedey pun n rasa berkobar2 nk duk kl.. dAlam masa yang sama gak, xsape pun kekawan dpt belajar at sane,..
Dalam pikiran imaging yg UNiVERSITI KL nie at KotaRaya KL...upe2nye..jauh dipendalaman Dengkil n Atas Bukit Sepang....Dalam Hutan upenye !!!!HAMPEH!!!!!....tapi i don’t care!niat Nk menontot ilmu kan....Sesampai jek dh tgok MIAT dgn Kmegahan KAPAL TERBANG n JenterA2 len..WOW!!!!!Life is Begin Now!!!Heloo Everybody Im NEW here..hehehe...berlagak kecek omputih siak!!!daftar2 punya daftar n ditempatkan di apartment blok 1...mana nk cari kawan baru nie..????segan gak nie,..Masuk jek dalam bilik aku, di gengkan dengan Dak Degree asal Dari PENANG,...Nama Dia Rashid..Muke Ala MR BEAN....so dak2 nie panggil dia BEAN MESIA..hahhaha...Minggu Suai Kenal CAM hamPeh...Si Senior berlagak nak mampus!!!padahal umo beza setahun jek kot...Kene ragging la buat aktiviti cam haremmmQQ!!!Berbulu gak dak2 nie...Paling Pailang kene nyanyi Lagu ‘WARISAN’ tengah2 Pagi...
Setelah abes Suai Kenal tue,mula la proses pembelajaran...Ditempatkan di kelas HELICOPTER 2 n total sume dak 19 0rang...n salah sowing dari tue Pompuan n Nama dia SAZA....tapi lagak dah cam laki dah..hahha....Aku post sket pic dak2 nie...tapi xjelas lak...


Camner korang nengok”???gempak x team2 aku..hahhahaa.....suka duka semasa belajar nie agak susah dilupakan...TApi aku tetap bangga dengan kejayaan GROUP aku iaitu terdiri Daripada SEDDI,RIDZUAN,MUJAHID & HUSNUL....Adanya geng2 nie..Terhasil lah TEAM “JUMPER” Group!! The Best Ever On Helicopter 2..hehehhe..Post Sket WajaH2 Kesayangan Hamba...hu3..--------à>>>>

Thanks to u oolsss!!!!Saling Kerjasama DAlam Menjayakan Sesuatu tugas yg diberikan...Sering mendapat Pujian Dari Lecture2 dgn hasil hasil kerja yg dipamerkan..CAYALAH BEB!!!!UNTUK pengetahuan Sume Nie GENG2 PANTAI TIMUR....Kelantanesse n Terengganues...Sekarang Sume dah Mengikut Haluan Masing2....HUSNUL telah membina kerjaya At WessTar Aviation At KB.. SEDDI lak menjadi askor TUDM dalam Bidang Maintenance Pesawat...IWANG n MOJA lak Continue study in Degree at MIAT....mybe xlama lagi abes la pembelajaran diorang nie...BIla ekk agak2 nk gathering dgn geng2 nie...?????masing2 busy n agak susah nk buat pertemuan...Start Separate dgn geng2 nie semasa ON JOB TRAINING...Aku Dapat OJT at SUBANG SKYPARK at MYCOPTER AVIATION SERVICES..bersama denganku adalah AFFAN, MAN & PAAN..Gila2 Punya Dak praktikal...JEDDAI...! Macam2 Keje Aku n The Gang Kerjakan...Bangkai PESAWAT aku Modified kan...KOBOI gang With MR Mark Greggo n MR AMRAN from HAMMOCK HELICOPTER SERVICES!!!ape lagi pesawat maw Dibaraikan...???hahahhahahhaa...Salute lah!!! Xpasal2 aku digelarkan The HyrauLic Man n Craft Man!!!!!Keje bagai nak Rakkk,,..ingatkan terus dpt keje kat situ..tp,hampeh...bukan rezeki aku agi....:-(...Ad try Mintak Kat WESTAR..tp...waiting jek manjang.....Sabar2............................!!
Setelah 3taun Setengah belajar kat MIAT,Kami Berjaya menamatkan seisi pembelajaran dan Berjaya mendapat segulung DIPLOMA dgn CGPA 3.75...wow!!!xkene bayar balik pinjaman mara sebanyak 52K....Alhamdulillah.............!!!!!!!!!!Lega rasanya....Kekawan Lain xkurang Hebatnya.......:-))...MASuk lak Alam Penggangguran!!!!!!!!...tapi aku xbersahaja.....KEJE aku DRIVER LORI...coz Aku Minat KejE workload........SUSAH2 DAHULU>..ITU Akan Mangajar Erti Kehidupan yg Sebenar!!!! AKU YANG HUMBLE NIE....................”DRIVER LORRY NEWSPAPER IS MY 1ST JOB” With my Beloved BRoTers..
Our Destination Is from Penang and Deliver to HQ Berita Harian Kelantan...Soo soo Far Away....!!Eh Abam Lori Nak Speaking lak deh!!!hahahha..BEse la der im take Newspaper NEW Straits Times..5 jam Perjalanan mengharungi Banjaran TITIWANGSA...Merentasi tasik GRIK...WOW!!!!So Amazing!!!Keje macam BUrung Hantu...Pagi Waktu tido n malam berjaga....Start With susah n skrg Alhamdulillah abg aku dah ad Bisnes n Lori Sendiri,,,alot of Kemajuan....Chaiyok2!!!! AKU PULA??????? APA PEKERJAAN KU SEKARANG??????
 To be continued.......

Monday, November 26, 2012

Cara Memilih Sahabat


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.

SELAMANYA TAK KAN TERPISAH............

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -

PEDOMAN DI SAAT-SAAT DERITA

Buat tatapan warga Blogger sume, sama2 hayati secebis artikel ini…semoga menjadi panduan, piawai dan berita gembire pada kita semua…khususnya buat diri saya sendiri…terasa ni’matnya ujian yg diberi oleh-Nya…sama2 kite menilai kembali diri kita…

Insan yang beriman harus mempunyai pedoman dalam hidupnya terutama ketika ia sedang menderita sakit, supaya hidup tidak terus hanyut dibawa arus dan tidak kehilangan arah tuju ketika dilitupi mendung yang gelap-gelita. Pesakit yang diuji dengan penderitaan, kadang-kadang hilang sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan kerana pada ketika ini mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan lagi.

Mari kita hayati kata-kata hikmat yang dimadahkan oleh Ibn Ata’ Allah al-Sakandari dalam kitabnya al-Hikam, katanya:

::APABILA ORANG TIDAK MENGENDAHKAN ANDA, ATAU MEREKA MENCELA ANDA, SEHINGGA MENIMBULKAN KESUSAHAN TERHADAP ANDA, MAKA SERAHKANLAH URUSAN ANDA KEPADA ILMU ALLAH, JIKA ILMU TUHAN BELUM CUKUP KEPADA ANDA, BERERTI MUSIBAH ATAU MALA PETAKA ANDA DISEBABKAN ANDA TIDAK MERASA CUKUP DENGAN ILMU ALLAH ITU LEBIH BERAT DARI MUSIBAH ANDA DISEBABKAN MENDAPAT GANGGUAN DARI MEREKA::

Kata-kata hikmat ini memberi beberapa pengertian, untuk dihayati insan yang sering ditimpa bala dan kesusahan dalam hidup ini.

Pengertian pertama:

Insan hendaklah memahami sunnatullah pada makhluk, iaitu kadang-kadang Allah SWT mencuba anda melalui makhluk-Nya, mengenakan sesuatu kepada anda, menyakitkan hati anda, tujuannya ialah untuk melihat, apakah anda akan merasa cukup dengan Allah atau masih bergantung kepada makhluk-Nya yang lain, dengan itu Allah memerintahkan manusia mengganggu anda, menyusahkan hidup anda, maka susahlah hidup anda, sakit dan dukacitalah anda kerananya.

Apabila terjadi demikian, cepat-cepatlah anda kembali kepada-Nya, ertinya anda harus tahu bahawa apa yang berlaku tidak tersembunyi daripada pengetahuan Allah, Dia sedang melihat anda dalam kesakitan, Dia menyaksikan gerak-geri anda dalam kesakitan, Dia menyaksikan gerak-geri anda ketika anda diuji. Tiada apa pun sebab sebab yang terjadi, tidak diketahui atau tersembunyi dari ilmu-Nya. Jadi apabila anda merasa dan menyedari hakikat itu, hati anda merasa tenang dan tenteram, maka tidak menjadi salah bagi anda, sama ada manusia mencela anda, mengenakan berbagai-bagai tindakan terhadap anda, tidak memperhatikan kedudukan anda dan sebagainya, atau manusia memuji-muji anda, mengangkatkan anda, menghormati anda dan sebagainya, anda tetap merasai bahagia berada dalam pengetahuan Allah yang TIDAK PERNAH hilang darpada perhatian-Nya.

Bahkan kadang-kadang anda lebih suka apabila manusia membelakangi anda dan tidak memperhatikan anda kerana dengan demikian itu hati dan batin anda merasa lega, sebab anda sudah terarah semata-mata kepada Allah tanpa ada sebarang gangguan lagi.

Pengertian Kedua:

Jika anda tidak merasa lega dengan keadaan anda ditinggal orang, masih memperhatikan sikap orang terhadap anda atau dengan kata lain anda akan senang bila mendapatkan pujian dan sanjungan, merasa susah dan duka bila tidak dipuji, bahkan menimbulkan berbagai-bagai keluh kesah dan merana, ini bererti anda mendapat musibah atau ditimpa bahaya.

Oleh kerana iman anda pada hakikatnya lemah dan keyakinan anda kepada Allah telah mulai luntur atau hilang sama sekali, inilah bahaya atau mala petaka yang menimpa anda yang mana ia lebih kuat dan lebih dahsyat daripada bahaya atau mala petaka yang disebabkan manusia merendahkan anda, atau tidak memperhatikan kedudukan anda dan sebagainya.

Pengertian Ketiga:

Adapun hamba-hamba Allah yang soleh, ujian-ujian seperti sakit dan hidup susah adalah RAHMAT bagi mereka. Anda juga harus menganggap rahmat jika tergolong dalam kelompok mereka, apabila anda mendapat ujian dan cubaan itu hendaklah lihat hubungan anda dengan Allah, apakah hubungan anda masih intim atau longgar. Apabila hubungan anda dengan Allah tetap baik dan erat, bahkan murni dan intim, tidaklah menjadi persoalan buat anda semuanya, meskipun bumi ini hancur berkecai atau langit ini runtuh, anda tetap dalam perhatian Allah, diselamat dan dipelihara oleh-Nya. [K.H. Muhibbiddin Waly, Hakikat Hikmat Tauhid dan Tasauf, muka surat 516]. 


Saya share~kan 1 video nie ntok tatapan kalian semua...Semoga Kalian mendapat iktibar dan dapat kita jadikan renungan bersama......

Sunday, April 10, 2011

Doa Dilembaran Baru Usiaku

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-MuEngkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.Dalam usia bagini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak muridku yang sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada anak-anak didikku supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti.

Wednesday, March 23, 2011

Memang Allah Sengaja........................

* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL




"Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.. "



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.........AMIN...........

Tuesday, March 1, 2011

~~~Rahsia Bulan KelahiranKu~~~


Assalamualaikum....salam 1 march..hepi tetibe jek bile bulan mach datang..rasenye ade something yg boley menggembirakan hati ku...mana tidaknya..coz aku dilahirkan dlm bulan tue...aku dilahirkan pada 26 Mach 198*...makin hari makin meningkat usiaku..tp,adakah aku makin baik?aku manusia yg mcm mana?

Ada 3 kategori manusia :-

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam ?
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam ?
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam ?


Mudah2han aku tergolong dalam kalangan manusia yg BERJAYA...insyaallah...
!Aku akan pastikan hari yg aku lalui adalah hari yg baik dari semalam...tahun ini lebih baik dari taun lepas...inilah sedikit gambaran tentang diriku..:-



korang nilai lah sendiri aku bagaimana..btol or x?hmm..apa yang baik terus dikekalkan dan dijadikan lebih baik..n ape yg lemah ku cuba perbaiki menjadi baik...aku juga percaya xda manusia yg perfect di dunia nie...mesti ada gak kekurangan..so,bersyukurlah dgn apa yg kita ada..ku utuskan Secangkir Doaku Di Lembaran Baru ku ini...:-

Ya Allah!
Jadikanlah lipatan hari ini pembuka bagi kejayaan,
ketenangan yang menyeluruh untukku dan kaum Muslimin

keseluruhannya memelihara agama-Mu.
Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu

sepertimana Engkau berikan kepada hamba² Mu yang terpilih.

YA Rahman Ya Rahim,

aku bermohon kepadamu
Kau ampunilah segala dosa²ku hari ini,

semalam yang telah lalu dan akan datang sama ada yang sengaja atau tidak .
Kau ampunilah dosa² kedua ibubapaku,adik beradikku, guru²ku ,
sahabat²ku, jiran tetanggaku juga muslimin keseluruhannya.
Kau ampunilah kami semua.
Kau lepaskanlah kami semua dari azab api neraka
dan berilah kami keselamatan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

kekalkanlah tahun yang akan datang dalam hidupku
dengan catatan kegembiraan,

kebahagiaan dan kelapangan,
supaya aku dapat rasakan dalam detik hidup ini

kenikmatan yang ada padanya.
Tetapkanlah imanku, kesihatan tubuh badanku
juga kesenangan harta benda,

sesungguhnya Engkau Maha berkuasa
keatas sesuatu dilangit dan dibumi.

Amin Ya Rab’bil Alamin